Tentang The Outlook

Fahami Malaysia dan dunia. 5 minit setiap hari.

Anda mahu jadi celik. Anda mahu memahami isu-isu penting di Malaysia dan dunia. Tapi anda tak ada banyak masa untuk membaca semua berita di dunia setiap hari. Apa yang anda ada setiap pagi—5 minit untuk membaca.

Inilah sebab kami menulis The Outlook. Setiap hari bekerja, kami menapis ribuan berita, menganalisis isu penting, dan menyampaikannya kepada anda dalam bentuk yang ringkas, tepat dan mudah difahami.

Tak sempat baca semua berita?
Tak tahu mana satu yang betul?
Tak pasti apa yang patut diambil peduli?

📩 The Outlook menjawab semua soalan ini, terus ke ‘inbox’ emel anda — setiap pagi hari bekerja.

Kenapa anda patut langgan The Outlook?

Ringkas tapi bernas
Kami percaya anda tak perlu baca 10 artikel untuk faham satu isu. Kami rangkumkan semuanya untuk anda — politik, ekonomi, korporat, teknologi, dan budaya — dalam 5 minit.

Lokal & global seiring
Daripada Dasar Fiskal Malaysia ke Perang Tarif AS-China, kami bawa konteks besar ke skrin kecil anda. Supaya anda tahu apa yang berlaku — dan kenapa ia penting.

Nada santai, kandungan serius
Kami menulis supaya anda menjadi celik dan faham — bukan menjadi keliru. Bahasa kami mesra, tapi fakta kami tajam.

Untuk anda yang sibuk tapi peduli
Jika anda seorang profesional, usahawan, pelabur, atau rakyat biasa yang nak memahami dunia, tapi tak cukup masa — The Outlook adalah untuk anda.

Siapa di sebalik The Outlook?

Kami adalah pasukan penulis, penganalisis dan editor dari The Patriots yang obses untuk memahami dunia — dan menjelaskannya kepada anda.

Sertai ribuan pembaca yang celik isu

Tak perlu muat turun app. Tak perlu login apa-apa.
Cuma masukkan emel anda, dan tunggu emel kami di inbox anda.

Langgan sekarang — dan jadi orang yang celik dalam bilik mesyuarat, group WhatsApp, atau semasa makan tengah hari dengan kawan kerja.

User's avatar

Subscribe to The Outlook

Fahami Malaysia dan dunia. 5 minit setiap hari.

People

The Patriots is a group of people from different walks of life, ages, races and religions that come together to form a community of peace and tolerance.
Penasihat Aset Digital Anda.