๐บ๐ธ Kesan "Trump Trade"
Kesan polisi ekonomi Donald Trump kepada Malaysia dan dunia; mengapa Rafizi Ramli tak berkenan dengan pengagihan subsidi menerusi cash transfer; dan Australia haramkan sosial media kepada kanak-kanak.
The Outlook merupakan surat berita bisnes, ekonomi dan kewangan mingguan dari The Patriots Asia. Jika anda suka dan mendapat manfaat daripada kandungan ini, sokong kami dengan menekan butang โSubscribe nowโ di bawah.
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi. Keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 secara rasminya memihak kepada Donald Trump. Sebagai presiden negara paling berkuasa di dunia, sudah pasti apa-apa jua polisi Trump akan memberi kesan kepada kita di Malaysia. Teruskan baca untuk tahu apa kesannyaโฆ
Geopolitik ๐
Calon Parti Republican, Donald Trump sah menang pilihan raya Presiden AS selepas meraih lebih 270 undi elektoral yang diperlukan. Trump dan calon Timbalan Presidennya, JD Vance dijangka akan mengangkat sumpah pada 20 Januari 2025.
Dalam ucapan kemenangannya, Trump berazam โakan memperbetulkan semua bendaโ dan memuji penyokong nombor satunya dalam kempen pilihan raya baru-baru ini: Elon Musk. Saham Tesla melonjak 14.75% selepas ucapan tersebut. Satu perkara yang pasti, bisnes-bisnes kepunyaan Musk akan mendapat keistimewaan daripada pentadbiran Trump sehingga 2028 nanti.
Reaksi penyokong Kamala Harris
Kekalahan calon Parti Democratic, Kamala Harris menyebabkan penyokongnya bertempiaran mencari puncanya. Di Reddit, ada yang menyalahkan lebih 15 juta pengundi Joe Biden semasa pilihan raya 2020 yang tak keluar mengundi. Tetapi hakikatnya, kelemahan mesej Parti Democratic mungkin punca utamanya.
Menurut Reuters, ada dua isu utama yang membelenggu rakyat AS: ekonomi dan pekerjaan. Walaupun pasaran saham sentiasa naik, kadar gaji naik, dan kadar pengangguran rendah, mereka masih rasa terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Ramai mengundi Trumpโtermasuk golongan Hispanic dan Black berpendapatan rendah; dua kumpulan penyokong setia Parti Democraticโkerana lebih yakin Trump boleh menyelesaikan dua isu ini berbanding Harris.
Polisi Trump
Walaupun Trump sudah dua kali dipecat, mempunyai empat tuduhan jenayah, dan didapati bersalah dalam kes serangan seksual dan fitnah, dia menang kerana polisinya paling menambat hati pengundinya. Antara polisi yang dijanjikannya:
Mengenakan tarif baharu yang lebih tinggi terhadap barangan luar AS (10%)โterutamanya dari China (60%).
Mengusir paling banyak pendatang tanpa izin dalam sejarah AS.
Memotong cukai individu dan korporat.
Memansuhkan undang-undang perubahan iklim untuk merendahkan kos tenaga.
Selain itu Trump juga berjanji akan:
Memberi pengampunan presiden kepada perusuh Capitol pada 6 Januari 2021 (susulan protes terhadap kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya 2020)
Memecat peguam yang mendakwanya dalam dua kes jenayah yang masih berjalan.
Menghentikan konflik perang Ukraine-Russia dan menuntut Israel untuk menghentikan kempen serangannya di Gaza dan Lubnan.
Pelaburan ๐ธ
Bercakap tentang dasar ekonomi AS di bawah Donald Trump, anda perlu tahu apa itu โTrump tradeโ. โTrump Tradeโ merujuk kepada strategi perdagangan Trump semasa tempoh pertamanya sebagai Presiden AS (2017โ2021) yang mengenakan tarif tinggi ke atas barang import, terutamanya dari China.
Kesan kepada Malaysia:
Tarif tinggi ke atas barangan China akan mendorong syarikat multinasional untuk memindahkan operasi mereka dari China ke negara lain (seperti Malaysia) untuk mengelakkan tarif.
Peralihan rantaian bekalan ini membawa kepada peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
Dengan pengenaan tarif 60% ke atas barangan China, produk Malaysia (tarif hanya 10%) menjadi lebih kompetitif di pasaran AS. .
Akan menguatkan USD dan menyebabkan Ringgit Malaysia menyusut nilai.
Bonus GLC dan GLIC perlu dapat kelulusan menteri
Tatakelola Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dipersoalkan selepas CEO syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) ini dikatakan menerima bonus khas tiga bulan gaji (bersamaan RM210,000) walaupun syarikatnya cuma mencapai 42% KPI. CEO syarikat ini juga dikatakan menderma RM50,000 kepada sebuah sekolah dalam satu majlis makan malam selain membiayai rombongan mewah ke luar negara untuk staf, yang kemudiannya dibatalkan susulan pendedahan Malaysiakini.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Datuk Fadillah Yusof menjelaskan bonus CEO itu dibayar kerana โpeningkatan keuntungan kasarโ. Derma RM50,000 untuk acara makan malam alumni sekolah CEO itu, pula adalah antara kaedah pemasaran. Jika ada satu berita baik pun daripada berita ini, ia mendorong kerajaan untuk mengubah polisi semalam, di mana setiap bonus, faedah dan rombongan GLC dan GLIC perlu mendapat kelulusan kabinet.
Ekonomi ๐
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 3.00%. Ini bermakna, tiada perubahan dalam kos pinjamanโkhabar baik jika anda ada pinjaman perumahan atau peribadi. Kenapa OPR kekal? Menurut BNM, untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi sambil memastikan inflasi kekal terkawal. Dalam erti kata lain, BNM cuba memastikan kita mendapat keseimbangan antara kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi.
Mekanisme dua peringkat harga untuk subsidi RON95. Kerajaan akan memperkenalkan dua harga untuk RON95; harga subsidi untuk B85 dan harga pasaran untuk T15. Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kaedah ni lebih selamat dari segi inflasi berbanding kaedah pemindahan tunai. Kenapa? Sebab jika harga RON95 akan berubah ikut pasaran, ini mungkin memberi ruang kepada peniaga untuk menaikkan harga barang dengan alasan kos bahan api meningkat.
Teknologi ๐ป
Jodoh Darul Iman: aplikasi cari jodoh terbaru di pasaran. Kerajaan Terengganu mengumumkan pembangunan aplikasi cari jodoh khas bernama Jodoh Darul Iman yang sedang dibangunkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Tak pasti apa unique selling point (USP) aplikasi ini berbanding platform cari jodoh patuh syariah lain (seperti BaitulMuslim, Baituljannah dan Muzz)โselain percumaโtetapi ia sudah hampir siap dan bakal dilancarkan tak lama lagi.
Australia haramkan media sosial kepada bawah-16 tahun. Perdana Menteri Asutralia, Anthony Albanese mengumumkan rancangan undang-undang baru untuk mengharamkan kanak-kanak bawah-16 tahun daripada menggunakan media sosial. Undang-undang ini bagaimanapun tidak akan terpakai kepada kanak-kanak bawah-16 tahun yang sudah mempunyai akaun.
Perusahaan Sosial ๐ฑ
Artikel ini dibawakan khas oleh LEAP dan Empowerise.
Pernah dengar tentang Komuniti Tukang Jahit (KTJ)? Jika belum, KTJ adalah sebuah perusahaan sosial yang membantu wanita kurang berkemampuan, terutamanya ibu tunggal dan golongan B40, dengan beri peluang pekerjaan dalam bidang jahitan.
KTJ bukan sekadar menghasilkan hadiah korporat dan barang custom untuk syarikat, tapi juga menghasilkan pakaian seragam, tag nama, dan buku nota buatan sendiri.
Yang menariknya, KTJ bukan sekadar memberi kerja. KTJ juga menyediakan latihan jahitan komprehensif dan menggunakan kepakaran dalam jualan dan pemasaran untuk pastikan para wanita ini sentiasa ada tempahan. Hasilnya? Sehingga kini, KTJ dah berjaya bantu hampir 300 wanita dan menjana pendapatan hampir RM90,000 sebulan.
Sekarang, KTJ ada rangkaian 60 tukang jahit yang bukan saja menghasilkan hadiah korporat, tapi juga item fesyen dan cenderamata pelancongan.
Kewangan Peribadi ๐ฐ
Manusia memang suka ingin tahu apa yang terjadi pada masa hadapan. Manusia ingin tahu apa yang terbaik untuk dirinya.
Cuma bab nak belajar, mengkaji, bertanya dan bertindak - itu yang ramai tak mahu hadap. Dia rasa semua benda mudah dan percuma.
Keinginan nak tahu masa hadapan, bukan hari ini.
Masakan, industri penilikan tapak tangan, ramalan kad Tarot, jumpa bomoh dan pawang masih jadi ikutan.
Dalam dunia pelaburan, individu sebegini ada segelintir.
Bila masuk seminar, soalan diajukan, tanpa selindung mahu tahu apa yang bakal naik esok, minggu depan dan bulan depan.
Malas nak baca laporan kewangan, baca situasi, trend dan macam lagi.
Ada yang dahsyat, lukis dan guna garisan chart dan guna ideologi gelombang dan fasa.
Macam-macam.
Jika anda suka dengan kandungan kami pada minggu ini, sila share dengan kawan-kawan dan keluarga.